FAQ (PERTANYAAN DAN JAWAPAN)

Apakah Guru KGSK /Guru Ganti ?

Guru KGSK/Guru Ganti adalah guru yang mengajar sementara di sekolah tidak melebihi 3 bulan bagi  menggantikan guru tetap yang :
1. Bercuti Menunaikan Haji
2. Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan

Siapakah yang layak memohon ?
Lepasan SPM/STPM/STAM/SPMV/SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH

Syarat Kelayakan ?
Minimum 4 kredit termasuk WAJIB  lulus Bahasa Malaysia
Umur tidak melebihi 35 tahun

Berapakah kadar bayaran elaun guru ganti ?

Ijazah - RM100.00
STPM/STAM/Diploma - RM72.00
SPM - RM54.00

ELAUN/GAJI  DIBAYAR BAGI HARI BEKERJA SAHAJA.*

Bagaimanakah Cara Memohon Guru Ganti di Negeri Terengganu ?

1.Permohonan secara ONLINE * Kuala Terengganu sahaja.(SILA KLIK)
2.Permohonan secara ONLINE untuk semua daerah (Sila Klik  DI SINI)
3.Borang Permohonan  - Dapatkan di Kaunter Perkhidmatan PPD yang dimohon
4.Fotostat kad pengenalan, surat beranak, salinan ijazah, transkrip, SERTA sijil yang berkaitan DAN disahkan oleh pegawai gred A.Setelah lengkap diisi beserta 1 keping gambar ukuran passport Serahkan Borang Permohonan  di PPD yang dimohon.

 Siapakah  pegawai Gred A ? (Pengetua atau pensyarah/Pegawai DG 41 ke atas)


Bagaimanakah anda dapat mengetahui status permohonan ?
Anda akan dipanggil untuk urusan temuduga.Sekiranya berjaya proses temuduga , anda akan dihubungi oleh Pegawai berkenaan untuk mengisi kekosongan guru ganti di sekolah.Penempatan atau pengisian  adalah berdasarkan kelayakan dan kekosongan.







1 ulasan:

farah adleen berkata...

Maaf sy ingin bertanya. Kalau sy sudah mengisi borang permohonan secara online, adakah sy perlu mengisi borang secara fizikal (memohon borang permohonan di kaunter ppd cawangan yg dipilih)?